Penghantaran Pos Laju kini boleh dibuat di 7-Eleven terpilih

Pos Malaysia baru-baru ini telah menjalinkan usahasama dengan 7-Eleven dan Razer bagi perkhidmatan serahan barangan oleh para pelanggannya. Perkhidmatan ini dikenali sebagai Razer Parcel+.

Pelanggan yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini boleh melayari laman SendParcel. Melalui halaman tersebut, para pelanggan boleh mendaftar dengan memasukkan maklumat penghantaran dan memilih kedai 7-Eleven terpilih yang bersesuaian sebagai pusat penghantaran.

Dalam tempoh 48 jam selepas maklumat diisi, pelanggan berkenaan dikehendaki untuk ke kedai 7-Eleven berhampiran. Serahan barangan boleh dibuat menerusi juruwang kedai 7-Eleven untuk tindakan selanjutnya.

Repost from Harian Teknologi

Spread the word